Sunday, October 12, 2008
PL3A Class Party!!! 11 Oct 08
So, everyone was told to be at Wani's house by 2pm and 5 pm. Saya bangun lewat, itupun apabila terperanjat dengan berita yang dibawa oleh Nur Ain selaku class-rep memberitahu iwan dan omaq accident, namun mereka ok. Jadi saya ditugaskan untuk mengambil satu buah kereta sewa. Saya pun bersungguh-sungguh siapkan diri dan mengajak Que keluar dengan segera. Pada ketika itu jam menunjukkan 2ptg. Jadi kami pun pergilah ke Gemilang 30 dengan harapan, malang sekali sebuah kancil pun tiada, terpaksa kami menunggu 2 jam, akhirnya kereta kancil KBG muncul menyelamatkan keadaan. Perut berbunyi menandakan kelaparan, kami tanpa was-was terus menuju ke KFC untuk mendapatkan bekalan makanan (zinger). Sewaktu di KFC, telefon bimbitku tidak henti-henti berdering kerana rakan2 yang lain yang bersepah disekitar sg. petani perlu dijemput untuk hadir ke rumah wani. After having my burger, i went straight to wani's resident. The girls busy with their cooking while maself perlu menghidupkan api untuk BBQ set. Pun bakarlah arang, namun konflik timbul apabila adik wani membakar arang terlalu banyak sehinggakan api marak tanpa kawalan, beberapa ketul ayam rentung begitu juga dengan majoriti 'hot dog'. Saya terpaksa mengalah, namun saya berjaya mengawal keadaan. Hahahahha. Selepas maghrib, semua masih sibuk dengan persiapan. Selepas isya, majlis pun dimulakan, dimulakan dengan bacaan doa oleh iwan, diikuti dengan ucapan ex-class rep, ong dan selaku class rep, Ain. Saya juga memberi ucapan ringkas dan memberikan Ain sebotol air ala-ala beer untuk merasmikan majlis, namun tak jadi, nasib baik ada spare dan Que dengan Honornya berjaya membuka botol tersebut. Setelah itu, semua pun makan. Makan makan makan. Sambil makan, ada pertunjukan muzik dari Farid Kun, Que dan Wan Arep, semuapun layan, dengan lagu separuh jalan kerana lupa lirik. Setelah kekenyangan, ada yang sibuk berborak, ada yang sambung makan. Makan makan makan. Bila sampai jam 10.30, waktu untuk mengemas rumah, semua memainkan peranan masing2. Sebelum balik, jam 11 malam, saya memanggil semua untuk ucapan penutuk dan discuss untuk trip balik ke UiTM. 3 buah kancil dipandu oleh saya sendiri, Alan dan atirah dan kami konvoi ke UiTM. Trip kedua hanya 2 kereta iaitu saya dan Alan. Semuanya selesai jam 12.30 malam. Perut kenyang dan semua pun happy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
the best party..
Post a Comment